Tuesday, November 9, 2010

Karangan Trial 2010...Nik Mohd Afiq...terlalu pnjg.lebih 1000 patah..telah diedit


Kini,masalah kekurangan air bersih dihadapi oleh sesetengah penduduk di negara ini. Huraikan kesan kekurangan air bersih kepada hidupan di muka bumi dan kemukakan juga cadangan anda untuk menangani masalah tersebut.

       Menurut laporan UNESCO yang dikeluarkan pada tahun 2006, dunia akan mengalami krisis bekalan air bersih menjelang tahun 2025. Hal ini demikian kerana kadar pemanasan global yang berlaku  ketika ini lebih cepat daripada jangkaan yang dibuat. Fenomena  ini akan menyebabkan kadar pencairan ais di Artik dan Atlantik-simpanan bekalan air tawar terbesar dunia-berlaku lebih pantas menyebabkan  peningkatan aras laut terjadi. Situasi ini akan menyebabkan bekalan air bersih dunia semakin berkurangan. Malaysia juga tidak terkecuali daripada masalah kekurangan air bersih. Masalah ini dihadapi oleh kebanyakan negeri-negeri yang pesat membangun. Impak daripada masalah ini dirasai oleh semua hidupan di muka bumi ini. Oleh itu, langkah bersepadu perlu dilakukan untuk menangani masalah ini.

       Masalah kekurangan air bersih telah menjejaskan kegiatan harian penduduk. Fenomena ini berlaku di semua negara yang mengalami masalah kekurangan air bersih kerana air bersih merupakan keperluan setiap individu untuk melakukan aktiviti seharian mereka. Suri rumah merupakan golongan yang paling terjejas apabila masalah ini berlanjutan kerana kumpulan ini menggunakan air sebagai sebahagian daripada rutin harian mereka. Ekoran masalah ini, telah menjejaskan keseluruhan sistem kehidupan mayarakat. (64)

Masalah kekurangan air bersih telah menjejaskan kegiatan harian penduduk. Fenomena ini berlaku di semua negara yang mengalami masalah kekurangan air bersih kerana air bersih merupakan keperluan setiap individu untuk melakukan aktiviti seharian mereka. Suri rumah merupakan golongan yang paling terjejas apabila masalah ini berlanjutan kerana kumpulan ini menggunakan air sebagai sebahagian daripada rutin harian mereka. Ekoran masalah ini, telah menjejaskan keseluruhan sistem kehidupan mayarakat....
 
Tambahan lagi, masalah kekurangan air bersih membolehkan rebakan penyakit berlaku dengan pantas. Fenomena ini berlaku kerana bakteria, virus dan kuman kebanyakannya membiak pada tempat  kotor  menyebabkan pemyakit berjangkit tersebar dengan lebih cepat. Keadaan di Pakistan kini merupakan contoh terbaru kesan akibat kekurangan air bersih ekoran berlakunya banjir. Penyakit seperti taun, malaria dan penyakit kulit merebak dengan pantas . Oleh itu, bekalan air bersih penting untuk mengelakkan penyakit-penyakit tersebut.........
 
Walau bagaimanapun, krisis bekalan air bersih dapat ditangani melalui  pembentukan lebih banyak kawasan tadahan air. Peranan ini perlu dilakukan oleh pihak berkuasa kerana kuasa yang ada di tangan pemerintah membolehkan krisis ini diselesaikan. Kerajaan juga boleh mewujudkan banyak empangan untuk kegunaan domestik dan memastikan hutan-hutan dipulihara.........
 
         Masalah bekalan air bersih juga dapat ditangani melalui kempen yang berterusan. Kempen-kempen yang dijalankan  tidak sepatutnya diadakan secara bermusim, iaitu ketika bekalan air bersih berkurangan sahaja.Sikap acuh tidak acuh masyarakat khususnya terhadap masalah kekurangan bekalan air bersih amat dikesali. Masyarakat tidak sedar, pembaziran berterusan  memungkinkan negara bakal mengalami maslah krisis bekalan air seperti yang berlaku di negara Afrika, Lebanon dan sebagainya. Oleh itu, kerajaan perlu mengadakan kempen yang berterusan menggunakan slogan “Jimatkan Air Untuk Kelestarian Masa Depan Anda”......................
 
Langkah kitar semula air perlu dilakukan supaya kebergantungan terhadap bekalan air bersih dapat dilakukan. Kerajaan sepatutnya mencontohi  negara jiran, Singapura, yang mengitar semula air untuk dijadikan air minuman yang dikenali sebagai ‘ NeWater. Walaupun kaedah ini menimbulkan keraguan masyarakat terhadap kualiti air, namun kesannya akan mengurangkan kebergantungan terhadap bekalan air bersih. Mayarakat boleh juga mengitar semula air buangan domestik untuk menyiram bunga, membasuh kereta dan lain-lain. Walaupun langkah ini dianggap biasa dan menyusahkan, kebergantungan terhadap bekalan air bersih dapat dikurangkan
 
Kesimpulannya, masyarakat perlu sedar masalah yang dihadapi sekiranya krisis air bersih berlanjutan. Oleh itu, semua pihak perlu berganding bahu menangani masalah ini. Pemanasan global merupakan penyebab utama krisis bekalan air bersih berlaku di seluruh dunia. Jadi, masyarakat perlu sedar akan hal tersbut dan mengambil langkah untukmengekang peningkatan suhu dunia. Langkah memelihara air n=bersih lebih baik daripada memuliharanya yang sudah tentu membabitkan kos yang tinggi. Khazanah yang tidak ternilai ini perlu dijaga untuk kegunaan generasi masa hadapan kerana andai bekalan air bersih ini tidak dijaga , krisis yang melanda akan menjadi lebih teruk, bak kata pepatah sudah terhantuk baru terngadah.


No comments:

Post a Comment