Tuesday, November 9, 2010

Nota Rumusan STPM


BAHAGIAN B
RUMUSAN=RINGKASAN

Kesilapan yang sering dilakukan oleh pelajar
1.     Menulis idea utama dalam perenggan kedua dan isi sokongan tidak teratur.
2.     Isi yang dikemukakan salah atau terpesong dan memberi gambaran tidak tepat.
3.     Rumusan terlalu pendek/terlalu panjang-tidak mematuhi kehendak soalan
4.     Rumusan ditulis dalam satu perenggan/ lebih tiga perenggan.
5.     Calon melaporkan sesuatu yang ditulis oleh penulis contohnya: Petikan tersebut membincangkan..., Menurut petikan yang diberikan...
6.     Calon mengulas, meninterpretasi atau mentafsir maksud penulis menyebabkan wujudnya tokok tambah(pendapat calon)
7.     Salin bulat-bulat ayat dalam petikan(tidak mengikuti formula yang diberi).
8.     Jumlah isi sokongan tidak mencukupi
9.     Huraian isi meleret-leret dan memasukkan contoh yang banyak .
10.  Bahasa dan persembahan amat lemah dan tidak menguasai bahasa Melayu dengan baik,dan tidak dapat menyampaikan idea dengan baik.

Keseluruhannya

   1.         Baca teks keseluruhan – fahamkan isunya dan tanda IU,IS dan K
   2.         Baca dan tanda IS  1 – 5
   3.         Bagi setiap isi, gabungkan perkara penting menjadi ayat lengkap
   4.         Buat dalam 3 perenggan JANGAN lebih

       

Proses gugur
AYAT PETIKAN
Rokok boleh mendatangkan pelbagai penyakit yang serius dan bahaya kepada penghisapnya sehingga boleh menyebabkan kematian
(15 patah perkataan)

AYAT SELEPAS PROSES GUGUR
Penghisap rokok boleh menghidap penyakit yang menyebabkan kematian.
(8 patah perkataan)

  Uji Cerdas: Gantikan frasa-frasa berikut.(tugasan pelajar)
Proses tukar
1.     Sudah menjadi lumrah
Kebiasaannya
2.     Tidak banyak orang mengetahui
Kurang diketahui
3.     Dalam tempoh kira-kira 10 tahun
Kira-kira sedekad
4.     Masyarakat yang mendiami dan menghuni kawasan bandar
Masyarakat kota
5.     Di negara kita, iaitu Malaysia
Di Malaysia
6.     Apabila peraturan-peraturan atau undang-undang sesebuah sekolah dilaksanakan dan diamalkan
Apabila peraturan-peraturan sekolah diamalkan
7.     Langkah yang mesti diambil dan berkesan ialah
 Langkah utama ialah

KREATIF BERBAHASA
Tuliskan sinonim perkataan-perkataan di bawah
Menggalakkan
:
Terjebak
:
Berdasarkan
:
Tertumpat
:
sepakat
 :
melancong
 :
khusus
 :
menegah
 :
mengkombinasikan
 :
dwibelah
dwibelah




Idea utama
Jawapan
     Kebanyakan negara yang mempunyai pelbagai keistimewaan dari segi keindahan alam semula jadi dan beberapa faktor lain yang berkaitan, tidak mahu mengenepikan keistimewaan tersebut untuk memperoleh pendapatan yang lumayan daripada sektor pelancongan.Pada hakikatnya, pembangunan sektor pelancongan di sesebuah negara bergantung kepada beberapa faktor yang sesetengahnya berkait rapat antara satu dengan yang lain. Demi memastikan sektor ini memberikan manfaat yang sepenuhnya, strategi pembangunan pelancongan perlu dijalankan oleh pihak berkuasa.
Kebanyakan negara yang memiliki kelebihan(1) dari segi keindahan alamnya memanfaatkan kelebihan tersebut(2) untuk memajukan sektor pelancongan demi memperoleh pendapatan yang lumayan.(3) Strategi pembangunan pelancongan harus dibuat oleh pihak berkuasa.(4)

Mencari IU

            Pembangunan pelancongan perlu mengambil kira pelagai aspek. Salah satu aspek utama ialah bagaimana pembangunan pelancongan dapat memanfaatkan sumber tempatan dan bagaimana sumber ini dapat dimanfaatkan oleh masyarakat tempatan. Tidak dapat dinafikan, penduduk tempatan perlu dilibatkan dalam setiap peringkat pembangunan pelancongan iaitu perancangan, pembangunan dan pengurusan. Penglibatan mereka penting, terutamanya semasa perancangan  sesuatu projek. Penduduk tempatan sebenarnya berhak untuk menyatakan pandangan mereka kerana merekalah nanti yang akan menanggung buruk baiknya pembangunan yang telah dilaksanakan itu.

Langkah 1: Membaca dan mengenal pasti IU
Idea pokok/ tema petikan
  Pembangunan pelancongan
Langkah 2: Mengenal pasti IU1 dan IU2
     - bagaimana pembangunan pelancongan dapat memanfaatkan sumber tempatan
  -   penduduk tempatan perlu dilibatkan dalam setiap peringkat pembangunan pelancongan
-  penglibatan mereka penting terutamanya semasa perancangan sesuatu projek

Langkah 3: Memproses dan menyusun semula IU dengan IU 1 dan IU 2

Contoh mengesan IS/ isi sokongan dan mengolah IS
Golongan siswazah seharusnya menjadi agen perubahan kepada masyarakat dengan memberikan sumbangan yang bermakna kepada pembangunan sosioekonomi negara. Mereka seharusnya menjadi pemimpin bukannya dipimpin. Namun begitu, fenomena inilah yang berlaku dewasa ini apabila  para siswazah terlalu mengharapkan ihsan daripada kerajaan agar menyediakan pekerjaan kepada mereka. Sekiranya perkara ini menjadi budaya rakyat negara ini, negara akan mengalami kerugian kerana memiliki generasi muda yang tidak dapat membantu kerajaan meningkatkan produktiviti negara. Dari aspek yang lain pula, imej negara turut terjejas.  
Contoh jawapan:
Siswazah sepatutnya menjadi pemimpin dan agen perubahan kepada masyarakat dengan memberikan sumbangan kepada pembangunan sosioekonomi negara. Jika gagal, produktiviti dan imej negara akan terjejas.

Contoh mengesan K/ Kesimpulan dan mengolah K
            Masalah pengangguran ini tidak harus dibiarkan berterusan. Tidak dinafikan pula bahawa usaha untuk menangani masalah pengganguran dalam kalangan siswazah bukanlah tugas yang mudah. Perkara ini memerlukan kesungguhan daripada semua pihak, khususnya pihak kerajaan yang perlu mengawal kemasukan pekerja asing ke negara ini. Pihak kerajaan nampaknya tidak mempunyai pilihan lain, kecuali mengkaji semula dasar pengambilan pekerja asing supaya jangan berlaku kera di hutan disusukan anak di rumah mati kelaparan. Dilema ini bukan sahaja dihadapi oleh siswazah yang menganggur, tetapi juga mereka yang kehilangan pekerjaan.
Contoh jawapan:
Usaha mengatasi masalah pengangguran dalam kalangan siswazah memerlukan kesungguhan daripada semua pihak kerajaan. Dasar pengambilan pengambilan pekerja asing perlu dikaji semula oleh pihak kerajaan.


No comments:

Post a Comment