Tuesday, November 9, 2010

Nota buat pelajar..Karangan STPM

Bahagian A : Karangan

Pendahuluan
Kelemahan pelajar:
(i)               Menggunakan ayat yang terdapat dalam soalan
(ii)              Menulis isi dalam pendahuluan
(iii)            Tidak dapat mengemukakan kata kunci yang tepat

Rahsia mengatasi masalah tersebut:
PERKARA YANG PERLU DIFOKUSKAN
1.     Sebelum menulis pendahuluan pelajar perlu memahami perkara asas dalam karangan.
2.      Sila teliti soalan karangan terlebih dahulu.
3.     Biasanya dalam sesebuah karangan hanya akan dikemukakan satu atau dua kehendak soalan.
4.      Kehendak soalan akan disebut sebagai kunci karangan. 
Antara kata kunci/kehendak soalan:
(a)             Langkah / cadangan
(b)             Punca/ sebab/ faktor
(c)             Kesan – sama ada kesan positif atau negatif
(d)             Kepentingan

Kata kunci yang tidak ditanya dalam soalan karangan akan digunakan dalam pendahuluan anda.
Sekiranya kunci soalan ialah (a ) dan (b) pelajar boleh memilih kunci soalan sama ada (c)   atau (d) atau kedua-duanya dalam pendahuluan anda.
5.     Dengan cara ini pelajar dapat mengelakkan diri daripada menyalin soalan karangan sebagai pendahuluan.
6.     Kaedah ini juga dapat mengelakkan pelajar menulis isi dalam pendahuluan.
Pendahuluan
                        Pelancongan merujuk kepada aktiviti melawat, melancong atau mengembara ke sesuatu tempat lain yang melebihi 50 batu dari tempat kediaman tidak lebih dari satu tahun untuk tujuan rekreasi atau mengisi masa lapang.(A1) Negara Malaysia merupakan salah satu destinasi pelancongan yang unggul serta memukau mata para pelancong. (A2)Hal ini disebabkan oleh faktor-faktor penarik seperti keunikan  alam semula jadi dengan deretan pulau yang menawan serta iklimnya yang beriklim Khatulistiwa. (A3)Faktor ini telah meningkatkan jumlah pelancong dari tahun ke tahun.(A4) Peningkatan jumlah pelancong sememangnya menyumbangkan pelbagai kepentingan kepada rakyat mahupun negara.(A5)Oleh itu, usaha untuk memajukan sektor pelancongan mesti dilakukan dengan lebih pragmatik dan berterusan.(A6)
Isu                              : Pelancongan
kunci soalan:               :(a): Langkah dan (d): kepentingan dalam A5 dan A6
Pendahuluan               :(b): punca/faktor Malaysia menjadi tarikan dalam A2,A3 dan A4

Pendahuluan: 
Amalan menabung merupakan satu amalan murni iaitu pengumpulan wang secara berperingkat dan berterusan.Amalan menabung mendapat perhatian banyak pihak antaranya dengan penekanan pihak kerajaan terhadapnya menerusi penyediaan perkhidmatan Skim Simpanan Pendidikan Malaysia (SSPN) yang diselaraskan oleh beberapa bank terpilih.Skim ini menitik beratkan  menabung dalam kalangan generasi muda seawal usia satu hari.Amalan menabung juga sinonim dengan peribahasa,sedikit-sedikit,lama-lama jadi bukit,yang memberi semangat dan sokongan kepada individu supaya menabung.Amalan menabung dalam kalangan generasi muda memberi banyak kepentingan kepada individu itu sendiri.
Isu                              :menabung
kunci soalan:               :kepentingan amalan menabung
Pendahuluan               :langkah(perkara yang diceritakan dalam pendahuluan ini)
                                   
Media massa tempatan kerap melaporkan berita mengenai kemalangan jalan raya di negara ini. Kadar kemalangan pula didapati meningkat dari setahun ke setahun. Perkara yang amat menyedihkan kita ialah kadar kemalangan jalan raya di Malaysia adalah antara yang tertinggi di dunia sehingga ada pihak yang menyatakan bahawa jalan raya menjadi pembunuh utama rakyat negara ini. Fenomena ini memperlihatkan bahawa jalan raya di Malaysia seolah-olah tidak selamat digunakan. Perkara ini berlaku disebabkan oleh beberapa faktor.
Isu                              : Kemalangan
kunci soalan:              :Faktor
Pendahuluan               :Kesan

 Pendahuluan
Persekitaran yang bersih menjadi idaman setiap manusia. Situasi yang sedemikian bukan sahaja menarik dipandang tetapi dapat menjamin kesihatan penduduk setempat. Walaupun begitu, banyak kawasan di muka bumi ini tercemar. Masalah ini menjejaskan kualiti alam sekitar dan sekali gus mendatangkan masalah kepada hidupan. Pencemaran air laut yang serius ternyata mengancam hidupan akuatik. Pencemaran udara pula mendedahkan manusia kepada risiko serangan pelbagai penyakit. Sehubungan dengan itu, punca pencemaran alam sekitar perlu dikenal pasti dan langkah mengatasinya  hendaklah dilaksanakan dengan berkesan.
Isu                              :_______________________________________
kunci soalan:               :_______________________________________

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) merupakan satu program pembinaan sahsiah diri bermatlamatkan membina dan mengukuhkan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda.PLKN mewajibkan remaja lepasan sekolah mengikut latihan di pusat PLKN yang menekankan aspek ketahanan fizikal dan pembinaan personaliti.Penekanan aspek ini bertujuan untuk melahirkan golongan muda yang berketerampilan,aktif,patriotik,bertanggungjawab,berfikiran positif,membentuk anggota masyarakat yang berguna dan berdaya saing.Program yang dijalankan oleh kerajaan ini agak unit dan berbeza kerana melibatkan semua kaum,berteraskan rukun negara,mempunyai kumpulan mutu disiplin serta imej yang tersendiri.Oleh itu,pihak kerajaan haruslah mengambil kira kelebihan PLKN kepada masyarakat dan negara serta masalah yang mungkin timbul daripada program ini.
Isu                              :_______________________________________
kunci soalan:               :_______________________________________

Aktiviti Pelajar: Kenal pasti isu, kunci soalan dan sila bina pendahuluan anda kemudian        bentangkan
1.         Kemajuan dalam bidang perindustrian di negara ini sudah menjai kenyataan. Kemajuan tersebut telah mendatangkan berbagai-bagai kesan kepada masyarakat dan negara. Jelaskan kesan kemajuan dalam bidang perindustrian kepada kehidupan masyarakat dan negara.
Isu                              :_______________________________________
kunci soalan:               :_______________________________________

2.         Sektor pelancongan sering dititikberatkan oleh kerajaan dalam proses memajukan negara. Kini pembangunan dalam sektor ini pesat berkembang seiring dengan perkembangan sektor lain. Bincangkan kesan sektor pelancongan terhadap negara.
Isu                              :_______________________________________
kunci soalan:               :_______________________________________


3.                        Sebagai pegawai kanan di Jabatan Kesihatan, anda diminta menyampaikan satu ceramah kepada golongan belia tentang langkah-langkah untuk meningkatkan tahap kesihatan rakyat, khususnya generasi muda di negara ini. Sediakan teks ceramah itu.
Isu                              :_______________________________________
kunci soalan:               :_______________________________________

berbudi bahasa akan melahirkan masyarakat yang harmoni. Pada pandangan anda, mengapakah amalan berbudi bahasa perlu diamalkan? Cadangkan juga langkah yang perlu diambil untuk meningkatkan amalan berbudi bahasa dalam kalangan masyarakat.
Isu                              :_______________________________________
kunci soalan:               :_______________________________________

Kelemahan calon:
1.     Gagal mengemukakan isi yang relevan
2.     Gagal mengolah isi dengan baik
3.      Tidak dapat mengembangkan isi yang diberi dengan baik.
4.     Isi yang diberi itu tidak langsung dihuraikan dan dan diperkukuh dengan bukti dan contoh.

BAGAIMANA INGIN MEMASTIKAN ISI KARANGAN TEPAT
Pastikan  Pembaca  Karangan Anda
 Siapa pembaca karangan anda?
1.     Ceramah/ucapan/syarahan: Perlu teliti soalan sama ada pelajar sekolah, ibu bapa, remaja, belia dan lain-lain.
2.     Memorandum dan Laporan: Kementerian tertentu/ pertubuhan tertentu/ ketua-ketua pertubuhan dan lain-lain.
3.     Karangan biasa : Anda perlu bayangkan bahawa karangan anda akan disiarkan dalam majalah/surat khabar dan dibaca oleh semua golongan masyarakat.
CADANGAN PENULISAN ISI:
 Ayat 1: Isi utama/ayat judul 
  Ayat 2: Huraian(mengapa)
  Ayat 3: Huraian(bagaimana)
 Ayat4:  Bukti dan contoh
  Ayat 5: Rumusan isi

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) talah dilancarkan oleh pihak kerajaan beberapa tahun yang lalu dan sehingga kini program ini telah mendatangkan kejayaan.Bincangkan kelebihan PLKN kepada masyarakat dan negara serta masalah yang mungkin timbul daripada program ini.

Kelebihan PLKN kepada masyarakat dan negara,antaranya membentuk peribadi generasi belia yang berjiwa kental dengan menyemai unsur-unsur patriotisme serta semangat kecintaan kepada agama,bangsa dan negara.Program ini bukanlah sebuah program bercorak ketenteraan sepenuhnya tetapi lebih kepada semangat kenegaraan dengan hanya mengamati sedikit Modul Ketenteraan,iaitu penerapan nilai disiplin dan latihan bercorak ketenteraan.Di samping itu,PLKN mampu membina jati diri remaja melalui Modul Fizikal yang dirangka untuk membina kemahiran,katahanan mental dan emosi,spiritual dan fizikal untuk melahirkan warganegara yang berkesan.Sesebuah negara mampu menjadi terbilang dan gemilang sekiranya remaja mempunyai kualiti dan dapat membentuk diri sendiri untuk mencapai kemajuan.
Pelbagai contoh cara mengolah isi
Senaraikan isi bagi tajuk yang berikut:
  1. Apakah faktor kecemerlangan pelajar dalam pelajaran?
  2. Jelaskan kepentingan membaca
  3. Huraikan kesan pembangunan di negara ini.
  4. Cadangkan langkah untuk mempopularkan permainan tradisional
Pendekatan Karangan
1.     Penyampaian isi akan dianggap terpesong sekirannya pendekatan yang digunakan  salah.
2.      Bagi soalan yang meminta langkah seharusnya bersifat baru bukannya langkah yang telah dilaksanakan tetapi langkah yang perlu diambil. Antara kata kunci yang perlu digunakan ialah (hendaklah,haruslah, wajar, sepatutnya, mestilah, amat perlu, perlulah dan lain-lain)
3.     Pelajar perlu berhati-hati dengan penggunaan perkataan yang boleh memesong karangan contohnya:
-       Dapat              -      Telah               -     Akan    
4.     Elakkan menggunakan perkataan berikut
-   Perkataan mungkin (bagi punca dan langkah) kerana isi yang   anda kemukakan menimbulkan keraguan
                      -    Sedikit sebanyak, mahu tidak mahu, nak tak nak
                      - Bermacam-macam lagi

3. KESIMPULAN
  1. Merupakan perenggan yang penting kerana memberitahu pembaca bahawa karangan itu sudah tamat
  2. Perenggan ini merupakan rumusan terhadap keseluruhan isi karangan
  3. Perenggan ini menjelaskan pendirian penulis dan persoalan yang telah dibincangkan.
  4. Penulis juga perlu menyatakan pendapatnya dan menegaskan pendiriannya secara umum tentang persoalan yang telah dibincangkan dalam isi karangan.

 Antara perkara yang perlu dimasukkan dalam perenggan kesimpulan ialah:
  1. Rumusan/kesimpulan tentang isi yang dibincangkan
  2. Cadangan penulis
  3. Harapan /hasrat penulis
  4. Cogan kata/peribahasa yang berkaitan

Panduan:
1.Mesti  menyentuh isu dan kunci karangan
2.Jika ditanya punca-punca sesuatu masalah boleh menurunkan langkah mengatasi
3.Saranan mengatasi masalah
4.Harapan penulis juga boleh dikemukakan

Cadangan Kesimpulan:
Ayat 1: Rumusan perbincangan
Ayat 2: Cadangan
Ayat 3: Peringatan
Ayat 4: Harapan
Ayat 5: Peribahasa/cogan kata

Sentuh isu     - ulas isi  -  beri pandangan

Tajuk: KEPENTINGAN AMALAN MENABUNG DALAM KALANGAN GENERASI MUDA
Kesimpulannya, menabung (sentuh isu)  boleh direalisasikan dengan mudah seandainya wujud kemahuan dalam diri seseorang individu. Hal ini demikian kerana wujudnya tabungan yang sesuai dapat membantu pengguna memilih bentuk tabungan yang sesuai dengan keperluan diri mereka. (ulas isi )   Faedah atau kepentingan menabung yang besar bukan hanya membantu dalam pembentukan masa depan, tetapi juga anak-anak, keluarga dan negara. (Harapan)Jadi, “beringat sebelum kena” hendaklah dijadikan sebagai panduan selain sebagai  “amaran” untuk memulakan langkah menabung.

Tajuk:kepentingan komputer

Kesimpulannya, kepentingan komputer banyak memainkan peranan dalam industri pendidikan negara. Oleh sebab itu, kementerian pendidikan Malaysia haruslah memperkenalkan sistem pengajaran dan pembelajaran dengan mengunakan komputer supaya dapat meningkatkan prestasi akademik para pelajar. Seandainya pengunaan komputer dalam pendidikan tidak diperkenalkan, negara kita tidak akan dapat melahirkan golongan yang pandai dalam teknologi maklumat. Sehubungan dengan itu, semua pihak harus sedar akan kepentingan pengunaan komputer dalam kehidupan masyarakat seharian terutamanya dalam institusi pendidikan. Hal ini dapat menjadikan negara kita berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara-negara maju yang lain.


1 comment:

  1. Alhamdulillah sekarang dah tahu macam mana nak buat karangan dengan betul

    ReplyDelete